Malaysia Oversight

Trump arah sekatan penuh terhadap kapal tangki minyak Venezuela

By MkiniBM in December 17, 2025 – Reading time 1 minute
Trump arah sekatan penuh terhadap kapal tangki minyak Venezuela


Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald semalam berkata dia telah mengarahkan sekatan menyeluruh ke atas semua kapal tangki minyak yang dikenakan sekatan ke dan dari Venezuela, sekali gus meningkatkan tekanan yang telah berlarutan selama beberapa bulan terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro, lapor Xinhua.

“Hari ini, saya mengarahkan sekatan menyeluruh dan lengkap ke atas semua kapal tangki minyak yang dikenakan sekatan yang masuk ke dan keluar dari Venezuela,” kata dalam satu hantaran di platform media sosialnya, Truth Social.

turut berkata bahawa Venezuela telah ditetapkan sebagai sebuah “organisasi pengganas asing”, sambil menuduhnya terlibat dalam pelbagai jenayah termasuk keganasan, penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia.

Menurut Trump, Amerika Syarikat tidak akan membenarkan sebuah pentadbiran yang bermusuhan mengambil minyak, tanah atau sebarang aset lain miliknya, dan menuntut supaya Venezuela mengembalikan semua aset yang menurutnya telah dicuri sebelum ini.

-Bernama



Source link