Trump Ancam Menaikkan Tarif Selepas China Mengetatkan Eksport Unsur Nadir Bumi
Effi Saharudin
Presiden Donald Trump dan Xi Jinping dijadualkan melakukan pertemuan dua muka di Korea Selatan dalam masa tiga minggu lagi bagi menyelesaikan kemelut isu perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Tetapi hari ini Trump mengancam menaikkan tarif ke atas China dan membatalkan pertemuan dengan Xi.

Ancaman dikeluarkan selepas China mengetatkan lagi eksport unsur nadi bumi ke Amerika Syarikat yang dilihat sebagai tekanan daripada Beijing sebelum perbincangan dilakukan. Dalam arahan yang dikeluarkan pada Khamis, China menambah lima lagi unsur nadir bumi ke dalam senarai halang eksport. Dengan ini 12 daripada 17 unsur nadir bumi memerlukan lesen sebelum boleh dieksport keluar.
Mesin untuk melalukan perlombongan, pemprosesan dan penulenan unsur nadir bumi juga dikenakan halangan yang sama. China memegang 90% pengeluaran unsur nadi bumi yang amat diperlukan oleh sektor teknologi bagi menghasilkan peranti elektronik, skrin, bateri dan juga senjata.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






