Trump – Amerika Akan Kembali Melakukan Ujian Nuklear Selepas 33 Tahun
Effi Saharudin
Tanggal 23 September 1992, ujian Divider dilakukan di gurun Nevada. Ia kali terakhir Amerika Syarikat melakukan ujian senjata secara fizikal. Tiada lagi ujian senjata nuklear fizikal dilalukan oleh Amerika bagi memenuhi Perjanjian Larangan Ujian Nuklear Komprehensif (CTBT) PBB. Tetapi selepas 33 tahun, Prisiden Trump mengumumkan Amerika akan kembali melakukan ujian nuklear secara serta merta.

Ini menurut Trump adalah kerana negara lain sedang melakukan program ujian mereka. Bagi memastikan status “negara dengan senjata nuklear terbesar”, Trump berkata Amerika tidak boleh membenarkan dirinya dipintas China atau Rusia. Kenyataan yang diberikan Trump adalah agak aneh memandangkan Rusia sejak sekian lama mempunyai senjata nuklear terbesar.
Bilakah ujian akan dimulakan semula belum lagi diketahui. Setiausaha Perang Amerika, Pete Hagseth enggan memberikan jawapan apabila disoal wartawan di Kuala Lumpur semalam. Pengumuman Trump ini dipercayai sebagai langkah menjaga air muka selepas Rusia mengumumkan kejayaan menguji peluru berpandu krus berkuasa nuklear yang terbang selama 15 jam tanpa henti.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






