Malaysia Oversight

Tragedi Proton Wira gagal memotong, anggota tentera terkorban

By Utusan in December 12, 2025 – Reading time 2 minute
Tragedi Proton Wira gagal memotong, anggota tentera terkorban


MACHANG: Kegagalan pemadu kereta Proton Wira memotong sebuah kenderaan di hadapannya dipercayai menjadi punca kepada kemalangan membabitkan trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga mengorbankan nyawa anggota pasukan itu semalam.

Dalam kejadian pukul 6.35 petang itu di Kilometer 37.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Bukit Belah turut menyebabkan empat lagi mangsa termasuk pemandu Proton Wira parah.

Ketua Polis Daerah Machang Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, siasatan awal mendapati trak ATM yang dinaiki empat anggota dari arah Tanah Merah menghala balik ke Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.

Katanya, setiba di lokasi kereta Proton Wira dipercayai sedang kenderaan lain dihadapannya lalu masuk ke laluan bertentangan menyebabkan trak ATM tidak sempat mengelak.

“Akibatnya, trak seberat tiga tan itu telah bertembung dengan kereta tersebut.

“Kesan pertembungan itu menyebabkan salah seorang penumpang hadapan trak berkenaan di lokasi kejadian. Tiga lagi anggota ATM dan pemandu kereta telah dihantar ke Hospital Machang untuk rawatan awal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Shafiki memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Fatin Nurhanis Ibrahim di talian 011-1454020 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di 09-9751222 bagi membantu siasatan.-UTUSAN





Source link