Malaysia Oversight

TQ Wuling Memulakan Langkah Di Malaysia Dengan Wuling Bingo EV – Harga Bawah RM100,000

By Amanz in May 8, 2025 – Reading time 2 minute
TQ Wuling Memulakan Langkah Di Malaysia Dengan Wuling Bingo EV – Harga Bawah RM100,000


Automotif

TQ Wuling Memulakan Langkah Di Malaysia Dengan Wuling Bingo EV – Harga Bawah RM100,000

May 8, 2025

Nur Amzari

TQ Wuling yang merupakan kolaborasi antara Tan Chong Motor dan SAIC GM Wuling Automobile Co Ltd (SGM Wuling) telah menunjukan kereta elektrik pertama mereka yang akan datang di pasaran Malaysia iaitu Wuling Bingo EV Dan akan Dijual bawah RM100,000.

244

Wuling Bingo EV merupakan kereta hatchback kompak yang mempunyai reka bentuk keseluruhan yang bulat dan kelihatan klasik. Lampu LED hadapan dengan rekaan seperti huruf X Sekali imbas mungkin membuatkan anda teringat pada Ora Good Cat.  

Di pasaran luar Wuling Bingo datang dengan dua jenis varian iaitu Long Range yang mempunyai bateri sebesar 31.9kWh yang membolehkan kereta ini bergerak sehingga 333km CLTC. Varian yang kedua pula dipanggil Premium Range yang dikuasakan oleh bateri sebesar 37.9kWh dengan jarak perjalanan sehingga 410km CLTC.

254

Dalam bab pengecasan pula, varian Long Range didatangkan dengan pengecasan AC ia dapat mengecas 20% ke 100% dalam masa sekitar 5.5jam manakala untuk Premium Range mengambil masa yang lebih sedikit sekitar 6.5jam. Dengan penggunaan pengecasan DC, dari 30% ke 80% memakan masa dalam 35 minit untuk kedua-dua varian.

Selain itu, kedua-dua varian hadir dengan 2 beg udara dibahagian hadapan dan kemasan dalaman yang menggunakan kulit sintetik yang lembut. Seperti kebanyakan EV yang lain, Wuling Bingo ini juga datang dengan dua screen TFT yang berwarna. Stereng multi fungsi dengan kebolehan cruise control. Kerusi pemandu yang boleh laras sehingga 6 hala. 

249

Salah satu unit Wuling Bingo di Malaysia Autoshow ini dipamerkan dengan warna Milk Tea manakala satu lagu unit dibalut dengan warna biru ais. Wuling Bingo EV ini akan mula dijual di Malaysia pada suku keempat tahun ini dan akan dipasang dikilang tempatan dengan tanda harga bawah RM100,000.

246

Dengan harga ini, Wuling Bingo EV ini akan bersaing rapat dengan beberapa model EV dari jenama lain seperti Proton e.MAS 5 yang baru dilancarkan dan kereta elektrik dari Perodua yang akan datang nanti.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link