Toyota dan Waymo Menjalinkan Kerjasama Bangunkan Kereta Swapandu
April 30, 2025
•
Effi Saharudin
Toyota dan Waymo menjalinkan kerjasama bagi memajukan pembangunan dan penggunaan teknologi kenderaan swapandu. Turut terlibat dalam kerjasama ini ialah Woven yang merupakan anak syarikat Toyota yang baru sahaja membuka bandaraya contoh masa depan tahun lalu.

Toyota sudahpun membangunkan teknologi Guardian dan Chauffeur yang menyasarkan swapandu Tahap 4. Kepakaran sedia ada ini apabila digabungkan dengan pengalaman Waymo menawarkan lebih 4 juta perjalanan dalam roboteksi diharap akan mempercepatkan proses penghasilan kenderaan swapandu yang lebih baik.
Ini ialah satu lagi kerjasama strategik yang dilakukan oleh Waymo dengan syarikat pengeluar kenderaan. Sebelum ini mereka bekerjasama dengan Geeely, Volvo dan Jaguar juga untuk memacu pembangunan kenderaan swapandu.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.