Touch n Go eWallet Kini Menyertakan Menu Akses Pantas Ke Portal SARA RM100
Aman
Touch n Go eWallet kini dilihat telah menambah menu akses pantas ke SARA RM100, sekaligus membolehkan pengguna menyemak akaun SARA mereka, selain melihat kedai-kedai yang boleh menggunakannya.

Akses pantas yang disediakan adalah lebih kepada pautan web portal SARA yang turut boleh dibuka melalui pelayar web. Namun, dengan integrasi menu berkenaan terus pada Touch n Go eWallet, ia memudahkan lagi pengguna melakukan semakan baki. Pautan menu ikon yang disediakan akan membuka ke laman SARA, yang memerlukan pengguna melakukan input nombor kad pengenalan untuk menyemak baki.
Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan penawaran RM100 untuk semua yang berumur 18 tahun dan ke atas, dan boleh melakukan pembelian menggunakan MyKad di kedai-kedai yang menyokongnya. Touch n Go eWallet sekadar melakukan pautan ke portal SARA dalam memudahkan pengguna melakukan semakan, dan untuk menggunakan baki tersebut, masih perlu ke kaunter pembayaran dan menggunakan MyKad.
Anda turut boleh ke laman portal SARA terus melalui pelayar web sebagai alternatif.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.