Malaysia Oversight

Tommy Thomas, pemimpin PN sertai demo pertahan kehakiman

By MkiniBM in July 14, 2025 – Reading time 2 minute
Tommy Thomas, pemimpin PN sertai demo pertahan kehakiman


LANGSUNG | Badan Peguam Malaysia berarak di hari ini bagi mempertahankan integriti kehakiman.

Malaysiakini melaporkan secara langsung dari lokasi.  


‘Bebas! Bebas! Bebas Kehakiman!’

2 petang: Para peguam, yang mengenakan topi biru Majlis Peguam, mula berhimpun dan melaungkan “Bebas! Bebas! Bebas Kehakiman!”.

Antara individu dikenali yang menyertai himpunan termasuk presiden Majlis Peguam, bekas Peguam Negara Tommy Thomas, bekas Yang di-Pertua Dewan Negara Rais Yatim, serta pemimpin PN, antaranya Takiyuddin Hassan dan Wan Saiful Wan Jan.

Perarakan akan bermula tak lama lagi

1:50 petang: Perarakan bagi mempertahankan kebebasan kehakiman akan bermula pada pukul dua petang, bermula dari Istana Kehakiman dan berakhir di Pejabat Perdana Menteri, yang terletak 2.6km dari kompleks mahkamah.  

Majlis Peguam akan menyerahkan memorandum dengan empat tuntutan, iaitu:  

1. Pengisian kekosongan jawatan kehakiman tertinggi.  

2. Pendedahan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) baru-baru ini.  

3. Menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan campur tangan kehakiman.  

4. Menangani kekosongan kehakiman secara menyeluruh.  

Kumpulan masyarakat sivil dan ahli politik pembangkang yang juga berkhidmat sebagai peguam dijangka hadir bagi menyokong perhimpunan ini.  

Perarakan ini berlaku di tengah-tengah kebimbangan mendalam tentang kebebasan kehakiman.  

Pada Sabtu lalu, kebocoran minit mesyuarat JAC bulan Mei yang didakwa seolah-olah mengukuhkan tuduhan campur tangan kehakiman terhadap seorang hakim kanan.  

Terdapat juga kebimbangan bahawa meminggirkan cadangan JAC – yang dibuat ketika Tengku Maimun Tuan Mat masih menjadi ketua hakim negara – untuk mengisi jawatan kehakiman penting.  

Perdana Menteri Ibrahim menegaskan dia  tidak campur tangan dalam urusan mahkamah.  

dijangka mengadakan mesyuarat dengan anggota parlimen Pakatan Harapan mengenai isu kehakiman petang ini di kediaman rasminya di .  

Ikuti laporan langsung Malaysiakini untuk perkembangan terkini.



Source link