Malaysia Oversight

TNB janji jelaskan semua saman tertunggak

By MkiniBM in October 17, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjanji akan menjelaskan semua saman tertunggak yang disenaraikan oleh pihak berkuasa.

Katanya, tindakan itu akan diambil sesuai kedudukannya sebagai “organisasi yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang”.

“TNB akan memperkemas pemantauan terhadap pematuhan undang-undang jalan raya oleh semua pemandu kenderaan TNB. 

“Kami memberi jaminan bahawa langkah-langkah pemantauan dan pembetulan sedang diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang,” katanya.


Baca: TNB antara 10 syarikat paling banyak tunggakan saman had laju – menteri

Terdahulu Menteri Pengangkutan Anthony Loke mendedahkan data 10 syarikat, termasuk TNB, yang mempunyai tunggakan saman had laju tertinggi bagi kategori kenderaan barangan.

TNB berada di kedudukan keempat, dengan 57 notis aktif bagi kesalahan had laju kenderaan barangan setakat 8 Oktober lalu.

SPT Power Transport Services menjadi syarikat dengan tunggakan saman paling banyak, dengan 114 notis aktif, disusuli Tiong Soon Trading & Transport Sdn Bhd (88) and Visions Transport Enterprise Sdn Bhd (65).

Nama-mana itu didedahkan sebagai sebahagian daripada tindakan name and shame (tindakan memalukan) kementerian, JPJ dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) untuk mengurangkan kemalangan melibatkan kenderaan berat.

Dalam kenyataan petang ini, TNB berkata mereka komited untuk bekerjasama sepenuhnya dengan JPJ dan pihak berkuasa lain bagi memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan jalan raya terus menjadi keutamaan.



Source link