Malaysia Oversight

TLDM benteng utama keselamatan negara

By Utusan in April 26, 2025 – Reading time 1 minute
TLDM benteng utama keselamatan negara


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim menyifatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai benteng utama dalam memastikan negara kekal aman dan sejahtera.

Sempena sambutan Hari TLDM ke-91, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga TLDM atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai dalam menjaga keselamatan perairan negara.

“Selama lebih sembilan dekad, TLDM telah menunjukkan komitmen, disiplin dan profesionalisme yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan maritim Malaysia.

“Kecekalan dan semangat juang anggota TLDM menjadi benteng utama dalam memastikan negara kita aman dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

turut mendoakan agar TLDM terus diperkasa dengan teknologi dan kepakaran semasa serta kekal menjadi angkatan laut yang disegani di rantau ini.-UTUSAN





Source link