Malaysia Oversight

‘Tinggalkan Anwar’ – Waythamoorthy tulis surat pada pemimpin parti k’jaan

By MkiniBM in August 16, 2025 – Reading time 2 minute
'Tinggalkan Anwar' - Waythamoorthy tulis surat pada pemimpin parti k'jaan


Selepas memulakan cabaran undang-undang untuk mempersoalkan keabsahan Ibrahim sebagai ahli parlimen dan perdana menteri, P Waythamoorthy melancarkan satu lagi serangan.

Dia menulis surat terbuka hari ini menggesa parti politik yang menyokong pentadbiran supaya memikirkan semula kedudukan mereka dan mempertimbangkan untuk meninggalkan perpaduan.

Menurut Waythamoorthy, pemimpin parti-parti berkenaan perlu membuat keputusan sekarang kerana menurutnya mengelirukan mereka untuk mempercayai bahawa pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berhak menjadi calon perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

“Ini bukan perkara remeh. Kepercayaan rakyat dan legitimasi terletak pada kesetiaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Setiap daripada anda kini berada di persimpangan jalan. Adakah anda akan terus berdiri di belakang individu yang telah hilang kredibiliti dan yang telah mengelirukan negara pada saat yang paling penting?

“Atau adakah anda akan mengambil pendirian berprinsip dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menghormati sumpah jawatan anda sebagai ahli parlimen dan sebagai anggota kabinet?” kata presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) itu.

Surat itu ditujukan kepada presiden , Amanah, Gabungan Parti Sarawak, dan Gabungan Rakyat Sabah, serta setiausaha agung DAP.

5b6c3caa1e1e21cd101de9e2b3a67394

Waythamoorthy seterusnya mendakwa bahawa rakyat akan menghukum parti mereka pada pilihan raya akan datang jika gagal mengambil tindakan terhadap Anwar.

“Keputusan anda akan membawa kesan yang besar di mata negara.

“Berdiam diri atau terus menyokong Anwar sebagai perdana menteri adalah pengkhianatan. Ia menjadikan anda terlibat dalam penipuan, bersubahat dengan pembohongan.

“Dan jangan silap – rakyat tidak akan memaafkan, dan mereka tidak akan lupa,” katanya.

Selasa lalu, Waythamoorthy memfailkan saman pemula terhadap Anwar, mendakwa bahawa status Anwar sebagai ahli parlimen dan perdana menteri adalah tidak berperlembagaan.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Waythamoorthy memohon pengisytiharan bahawa kehilangan kelayakan Anwar sebagai ahli parlimen “tidak pernah dibatalkan” oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas dakwaan itu, Jabatan Peguam Negara mengeluarkan kenyataan mengatakan tidak timbul isu Anwar hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan perdana menteri.

Ia berkata ini kerana pengampunan diraja yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15 menyatakan bahawa Anwar telah diampunkan sepenuhnya dan dianggap sebagai seorang yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan.



Source link