Malaysia Oversight

TikTok Perkenalkan Bulletin Board Untuk Perkongsian Kandungan Eksklusif

By Amanz in November 14, 2025 – Reading time 1 minute
TikTok Perkenalkan Bulletin Board Untuk Perkongsian Kandungan Eksklusif


TikTok Perkenalkan Bulletin Board Untuk Perkongsian Kandungan Eksklusif

November 14, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

TikTok memperkenalkan Bulletin Board iaitu saluran baharu dalam aplikasi yang membolehkan pencipta kandungan berkongsi secara langsung dengan pengikut.

Saluran ini berfungsi sebagai siaran satu-ke-banyak sekali gus memudahkan pencipta berkongsi berita, kemas kini dan kandungan eksklusif untuk membina komuniti yang lebih kukuh di TikTok.

TikTok Perkenalkan Bulletin Board 01

Sepanjang fasa beta, Bulletin Board ini telah digunakan oleh pelbagai pencipta termasuk artis, penerbit dan jenama terkenal untuk menyampaikan kandungan masing-masing.

Sebagai contoh, pemuzik boleh berkongsi lagu atau album baharu dengan peminat, kemudian menjemput mereka untuk membuat simpan awal sebelum pelancaran rasmi.

Selepas itu, peminat boleh menyimpan lagu atau album tersebut ke aplikasi penstriman muzik kegemaran mereka melalui ciri Add to Music App.

TikTok Perkenalkan Bulletin Board 02

Bagi peminat yang ingin menyertai, mereka hanya perlu pergi ke profil pencipta dan klik nama Bulletin Board di bawah bio. Selepas itu, peminat akan menerima notifikasi setiap kali pencipta membuat kemas kini, dan mereka boleh memberi reaksi dengan emoji. Oleh itu, ia menjadi cara yang mudah dan ringkas untuk berkomunikasi secara besar-besaran.

Seperti semua kandungan di TikTok, Bulletin Board mesti mematuhi garis panduan yang dikuatkuasakan melalui teknologi serta moderator manusia. Selain itu, alat keselamatan seperti mute, block dan report turut disediakan bagi memastikan pengalaman yang positif.

Bulletin Board kini dilancarkan secara global untuk pencipta berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dengan 50,000 pengikut atau lebih.

TikTok

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.





Source link