Malaysia Oversight

TikTok Menggantung Sementara Ciri Siaran Langsung Di Indonesia

By Amanz in August 31, 2025 – Reading time 1 minute
TikTok Menggantung Sementara Ciri Siaran Langsung Di Indonesia



TikTok

TikTok Menggantung Sementara Ciri Siaran Langsung Di Indonesia

August 31, 2025
Aplikasi

Aman

TikTok kini mengumumkan mereka akan menggantung ciri siaran langsung di Indonesia untuk beberapa hari, susulan daripada protes yang berlaku di negara tersebut.

Protes di Indonesia berlaku lanjutan daripada rakyat negara tersebut tertekan dengan keadaan ekonomi dan politik semasa. Ini ditambah lagi dengan protes ke atas penambahan elaun perumahan pada tahun lepas kepada ahli politik di sana yang hampir 10 kali ganda gaji minima di negara tersebut.

Selain daripada meminta potongan gaji kepada ahli parlimen di Indonesia, protes turut dilakukan rakyat disebabkan cukai dan inflasi yang tinggi. Seterusnya, insiden melibatkan seorang penghantar makanan yang terkorban dilanggar kenderaan polis, membuatkan protes lebih besar berlaku di negara tersebut.

Pihak TikTok mengatakan mereka akan memerhati situasi, dan menggantung sementara ciri siaran langsung pada platform mereka untuk pengguna di negara tersebut. TikTok mempunyai lebih 100 juta pengguna di negara tersebut, selain turut melabur pada Tokopedia.

TikTok mengatakan mereka akan mengambil langkah dalam memastikan perkongsian kandungan di platform mereka selamat, dan tidak melanggar sebarang garis panduan komuniti.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link