Tik Cook Dilaporkan Mengaku Kepenatan dan Ingin Tugas Dikurangkan
Effi Saharudin
Era Tim Cook sebagai CEO Apple dijangka aka tamat tahun ini dengan ura-ura mengenainya telah didengari sejak penghujung 2025. Pada usia 65 tahun, Cook sudah memegang jawatan CEO Apple selama 14 tahun yang adalah lebih lama berbanding dipegang oleh Steve Jobs.

Menurut laporan The New York Times, Cook telah mengaku kepada lembaga pengarah syarikat beliau kepenatan dan ingin tugas dikurangkan. Cook dijangka meletakkan jawapan sebagai CEO dan beralih kepada jawatan pengerusi syarikat tidak lama lagi. Antara individu yang dijangka mengambil alih tugas beliau ialah John Ternus yang ketika ini memegang jawatan timbalan presiden kejuruteraan perkakasan.
Di bawah pengurusan Tim Cook, Apple memperkenalkan produk baharu yang berjaya Apple Watch, Apple TV+, AirPods, Apple Music dan Apple Pay. Tetapi pada waktu yang sama projek Vision Pro, Apple Intelligence dan Apple Car berhadapan pelbagai isu dan ada yang dibatalkan terus. Cabaran kepada CEO Apple seterusnya ialah untuk kekal relevan dalam pasaran semakin kompetitif.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






