BUKIT MERTAJAM : Tiga lelaki warga Nepal direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam seorang ibu dan anak perempuannya di Kampung Sekolah, Juru di sini, minggu lepas. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Rasyidah Mohd. Akit bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. Difahamkan, salah seorang daripada lelaki tersebut merupakan suspek utama bagi kes terbabit. Terdahulu, kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret…






