Malaysia Oversight

Tiga syarikat pembekal teh didakwa guna pewarna tiruan didenda

By Utusan in January 5, 2026 – Reading time 1 minute
Tiga syarikat pembekal teh didakwa guna pewarna tiruan didenda


KOTA BHARU: Tiga syarikat pembekal teh telah didenda oleh mahkamah selepas melanggar Peraturan 260(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dengan mencampurkan pewarna tiruan di dalam serbuk teh berkenaan sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, ia melibatkan dua pendakwaan di Machang dan satu di Kota Bharu.

“Untuk kes di Machang masing-masing syarikat berkenaan dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,500 manakala Kota Bharu RM5,000.

“Mengikut Peraturan 260(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 teh tidak boleh mengandungi apa-apa bahan pewarna, sama ada dibenarkan atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Azman memberitahu, sepanjang tahun lalu sebanyak 130 kilogram (kg) teh berjumlah RM3,963 telah dirampas hasil pemeriksaan ke atas 20 premis di seluruh negeri.

Katanya, sebanyak 2 notis kesalahan turut dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan (pengkompaunan kesalahan) 2017 dengan nilai RM1,000.-UTUSAN

 





Source link