Malaysia Oversight

Tiga masalah berangkai beri kesan kedudukan Tabung Haji

By MkiniBM in September 30, 2025 – Reading time 2 minute
Tiga masalah berangkai beri kesan kedudukan Tabung Haji


Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli, mengemukakan tiga masalah berangkai yang dihadapi (TH), yang menurutnya mempengaruhi kedudukan institusi itu dalam jangka panjang.

Dalam satu hantaran di Facebook, Rafizi membangkitkan kebimbangan sekiranya trend lebih banyak deposit dikeluarkan berbanding yang disimpan, yang akan menyulitkan keadaan institusi itu.

Katanya, TH kini tidak lagi boleh beroperasi seperti dahulu, atas tiga sebab utama.

“Pertama, masalah kewangan yang ditanggung sebelum ini, melibatkan suntikan dana RM19.9 bilion dari dana awam apabila menerbitkan sukuk untuk membeli pelaburan-pelaburan yang mengalami kerugian.

“Suntikan dana ini perlu dibayar balik oleh apabila masa untuk membayar sukuk itu tiba.

“Besar kemungkinan Tabung Haji tidak mampu membayar keseluruhan RM19.9 bilion yang disuntik, namun apa-apa bayaran pun akan ada kesan kepada kedudukan kewangan Tabung Haji.

“Maka, nilai pulangan kepada pendeposit tidak boleh tinggi seperti dahulu, yang menyebabkan orang ramai tidak begitu berminat lagi untuk menabung di Tabung Haji,” katanya.

Kedua katanya, kos pengurusan ibadah haji kini jauh lebih tinggi berbanding 10-20 tahun yang lepas.

“Tabung Haji pula tidak boleh menaikkan harga yang dikenakan untuk membayar kos itu, jadi ada unsur subsidi yang mengekang kadar keuntungan Tabung Haji.

c2ba097f7c30ec819e6639390dc9dfd7

“Lebih tinggi subsidi yang dibayar setiap tahun untuk mengekang kenaikan kos haji, lebih rendah keuntungan yang dicatat, lebih rendah kadar hibah yang dapat diisytiharkan, maka kembali kepada masalah pertama iaitu kebimbangan kadar tabungan semakin perlahan.

Ketiga katanya, giliran naik haji adalah lebih panjang akibat kuota yang terhad bagi sesebuah negara.

“Mereka yang mendaftar sekarang mungkin terpaksa menunggu 50 hingga 70 tahun untuk mendapatkan giliran, menyebabkan ada yang merasakan mereka tidak akan berpeluang menunaikan ibadah haji.

“Ini juga mempengaruhi kadar simpanan pendeposit, berbalik kepada masalah pertama. Tiga masalah berangkai ini akan mempengaruhi kedudukan Tabung Haji dalam tahun-tahun yang akan datang,” katanya.

Sebagai seorang rakyat biasa, Rafizi berkata dia berharap pimpinan , pembangkang, tokoh-tokoh agama dan pimpinan masyarakat berbincang mengenai perkara itu.

Pada Ogos lalu, Pengerusi TH, Abdul Rashid Hussain, berkata kadar simpanan yang rendah memberi kesan langsung apabila kira-kira separuh daripada pendeposit yang menerima tawaran haji setiap tahun terpaksa menolak atau menangguhkan giliran mereka, walaupun bantuan kewangan haji disediakan.

Lebih membimbangkan, katanya, data turut menunjukkan bahawa 53 peratus daripada pendeposit tidak memiliki simpanan sekurang-kurangnya RM1,300, iaitu jumlah minimum yang diperlukan untuk daftar haji.

Katanya, TH kini kurang dilihat sebagai sebuah institusi tabungan yang mampu menarik simpanan secara konsisten, terutamanya apabila perlu bersaing dengan produk simpanan atau pelaburan lain yang lebih menarik seperti unit amanah, emas, dan Skim Persaraan Swasta (PRS).

Secara umumnya, pendeposit TH telah membuat pengeluaran bersih sebanyak RM2 bilion dalam tempoh tiga tahun terakhir. Ini bermakna jumlah pengeluaran melebihi jumlah deposit baru. ​



Source link