Malaysia Oversight

Tiga Adun Perlis saman Speaker DUN

By MkiniBM in January 2, 2026 – Reading time 2 minute
Tiga Adun Perlis saman Speaker DUN


Tiga Perlis yang diberhentikan keanggotaan oleh memfailkan saman pemula terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Rus’sele Eizan bagi mencabar keputusan pengisytiharan kekosongan luar jangka terhadap kerusi dimenangi mereka sebelum ini.

Tiga yang mencabar keputusan itu ialah, Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim, Adun Bintong, Fakhrul Ismail dan Adun Chuping, Saad Seman.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka menegaskan pengumuman yang dibuat Rus’sele pada 25 Disember lalu adalah di luar bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya.

“Kami menghormati pandangan speaker tetapi berpendapat keputusan mengisytiharkan kekosongan kerusi itu adalah terkhilaf dan berada di luar aturan.

“Susulan itu, kami mengambil tindakan memfailkan saman pemula terhadap speaker sebagai defendan pertama dan DUN Perlis sebagai defendan kedua bagi menuntut mahkamah membatalkan pengisytiharan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tindakan saman itu difailkan melalui peguam, Mohd Jamil Yaacob daripada Tetuan Srihana Mohamad & Partners.

Pada 24 Dis lalu, memaklumkan keahlian tiga ahli Adun Perlis parti itu terhenti berkuat kuasa serta-merta, selepas mereka menyatakan hilang keyakinan kepada menteri besar ketika itu, Mohd Shukri Ramli.

Presiden Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (pindaan 2025).

Fasal berkenaan merujuk kepada tindakan yang menyebabkan keanggotaan daripada parti itu terhenti, termasuklah menyertai atau menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

6dd4fe9ffac77549e7fb3cfe792ac829
Speaker DUN Perlis Rus’sele Eizan

Susulan tindakan PAS itu, Rus’sele mengumumkan kerusi DUN yang diwakili mereka perlu dikosongkan.

Menurutnya ketiadaan wakil rakyat di kawasan diwakili mereka selama hampir dua tahun sebelum pilihan raya negeri akan menjejaskan kebajikan pengundi di kawasan itu.

“Kami menuntut pengisytiharan yang dibuat defendan pertama adalah di luar aturan, terbatal, tidak sah dan defektif,” katanya lagi.

Sementara itu, Rus’sele ketika dihubungi berkata, ia adalah hak tiga Adun berkenaan untuk mencabar keputusan dibuatnya.

Katanya, dia membuat keputusan selepas mendapat pandangan penasihat undang-undang negeri iaitu pengosongan luar jangka di bawah Fasal (3) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Perlis.

“Itu adalah hak mereka (failkan saman) dan saya pun jika ada ruang merayu atau apa jua perkara yang dapat memberi ruang kepada mereka untuk dilihat dari sudut undang-undang, saya akan berikan.

“Jika mereka menang pun tidak ada masalah apa-apa kerana saya hanya menjalankan tugas sebagai Speaker sahaja,” katanya.

Pada 31 Dis, Rus’sele mengumumkan penarikan balik notis pemakluman keperluan pilihan raya kecil (PRK) bagi tiga kerusi DUN di negeri itu.

Kata Rus’sele keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan mutakhir termasuk pendirian PAS selaku parti komponen Perikatan Nasional yang memberi jaminan akan terus komited mengekalkan kelangsungan dan kestabilan negeri Perlis.



Source link