Malaysia Oversight

Tiga Adun Perlis diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri

By MkiniBM in December 25, 2025 – Reading time 2 minute
Tiga Adun Perlis diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri


Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri () di Perlis yang jawatan mereka sebagai wakil rakyat gugur selepas keahlian mereka terhenti serta-merta diminta memulangkan segera aset negeri yang digunakan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Rus’sele Eizan berkata pihak DUN akan memaklumkan mengenai pemulangan keperluan yang diguna pakai Chuping Saad Seman, Bintong Fakhrul Ismail dan ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim.

“Secara automatik (jawatan) gugur, kita bukan pecat tetapi memang diberhentikan, semua jawatan dipegang termasuk wakil rakyat, (aset negeri digunakan mereka harus) dipulangkan secepat mungkin,” katanya pada sidang media di Kompleks Seri Putra di Kangar hari ini.

Mohd Ridzuan sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan serta Sains, Teknologi dan Inovasi Perlis.

Terdahulu, Rus’sele mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selepas keahlian tiga ADUN itu terhenti serta-merta.

Rus’sele berkata kekosongan itu selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Perlis.

Sebelum ini, media melaporkan ADUN Perikatan Nasional (PN) di Perlis didakwa telah bertemu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

Berikutan itu, kenyataan media Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang malam tadi memaklumkan keahlian tiga ADUN berkenaan terhenti serta-merta berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, PN memenangi 14 kerusi DUN negeri itu tediri daripada sembilan ADUN PAS dan lima ADUN Bersatu, manakala seorang ADUN bagi Indera Kayangan.

– Bernama



Source link