Malaysia Oversight

Tidak timbul masalah kesihatan Muhyiddin, kata Azmin

By MkiniBM in September 2, 2025 – Reading time 1 minute
Tidak timbul masalah kesihatan Muhyiddin, kata Azmin


Seorang pemimpin kanan Bersatu hari ini menegaskan bahawa presiden parti itu, Yassin berada dalam keadaan sbaik dan sedang giat membuat persiapan untuk Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) hujung minggu ini.

Menjawab kebimbangan berhubung tahap kesihatan , Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali berkata dia sering berhubung dengan ahli parlimen Pagoh itu menjelang perhimpunan minggu ini yang melibatkan 2,555 perwakilan daripada 202 bahagian.

“Kesihatan presiden baik. Beliau cukup bertenaga.

“Saya sebagai setiausaha agung mengadakan perbincangan dengan beliau hampir setiap hari, khususnya dalam persiapan perhimpinan agung tahunan,” kata Azmin pada sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya.

“Beliau cukup aktif dan sekarang sedang menyiapkan ucapan dasar yang cukup komprehensif saya kira. Saya cuma berikan sedikit intipati.

“Jadi tidak timbul masalah kesihatan beliau. Saya kira beliau bersedia untuk terus memimpin parti lebih aktif. Malahan dalam tempoh enam bulan ini, beliau menunjukkan komitmen besar untuk turun di lapangan khususnya di negeri, ke bahagian-bahagian, kerana di luar sana pimpinan Bersatu cukup bersedia menghadapi PRU akan datang,” katanya.

Terdahulu, Azmin mengumumkan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali kelapan akan berlangsung di Shah Alam pada 6 dan 7 Sept ini.

Minggu lalu, bekas ketua Bersatu Hulu , Hasnizam Adham menerusi Facebook memberi bayangan mengenai keadaan kesihatan dan mendakwa pengerusi Perikatan Nasional itu dimasukkan ke hospital untuk rawatan.



Source link