Malaysia Oversight

Tidak ada team A, team B dalam DAP

By MkiniBM in January 18, 2026 – Reading time 1 minute
Tidak ada team A, team B dalam DAP


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mempertikaikan dakwaan Presiden , Ahmad Zahid Hamidi, bahawa dia mendedahkan kewujudan “team B” dalam parti komponen PH itu.

Menafikan pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan Ahmad Zahid mengenai perkara itu, Loke menegaskan, ahli dan wakil DAP kekal bersepakat sebagai satu pasukan yang dipandu oleh idea bersama serta motivasi yang selari.

“Logik ke? Adakah saya begitu bodoh dari segi politik? Walaupun wujud team B, mengapa saya perlu beritahu orang lain mengenainya, apatah lagi kepada seorang pemimpin parti lain?

“Tidak ada team A, team B atau team C dalam DAP. Yang ada hanya satu — team DAP,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen DAP di Klang hari ini.

[Laporan penuh menyusul]



Source link