Malaysia Oversight

Tidak ada PRK, penyelaras DUN main peranan wakil rakyat di tiga DUN Perlis

By Utusan in December 31, 2025 – Reading time 2 minute
Tidak ada PRK, penyelaras DUN main peranan wakil rakyat di tiga DUN Perlis


KANGAR: Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dilantik bagi memainkan peranan wakil rakyat di kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji yang dikosongkan selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri () terbabit terhenti keahlian .

Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan berkata, negeri akan melantik penyelaras DUN untuk menjadi pengantara dengan rakyat berikutan ketiadaan di kerusi terbabit.

Katanya, meskipun Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak diadakan namun kerusi-kerusi tersebut kekal kosong dan ketiga-tiga berkenaan boleh memohon maaf kepada Pusat.

“Ketiga-tiga kerusi masih kekal kosong,Boleh memohon maaf kepada pusat dan kalau dimaaafkan mungkin kembali diterima sebagai ADUN dengan penilaian undang-undang berkaitan. Jika tidak kerusi berkenaan akan kekal kosong sehingga habis penggal,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Rus’sele menarik balik pemakluman berhubung keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di tiga kerusi DUN Perlis.

Katanya, keputusan tersebut dibuat selepas membuat pertimbangan semula berhubung perkara itu berdasarkan perkembangan mutakhir apabila Pas menetapkan keberadaan dalam Perikatan Nasional (PN) Perlis selaras dengan mandat diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Khamis lalu, Rus’sele mengumumkan kekosongan luar jangka di kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji selepas ADUN tersebut terhenti keahlian Pas susulan tindakan mereka bersama lima ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menandantangani akuan bersumpah menarik sokongan terhadap Mohd. Shukri Ramli selaku Menteri Besar pada masa itu.

Kekosongan luar jangka bagi kerusi tiga kerusi tersebut kekal berkuat kuasa seadanya sebagai mana surat bertarikh 29 Disember lalu.-UTUSAN





Source link