Malaysia Oversight

Tiada sebab untuk Star tinggalkan GRS, kata PBS

By MkiniBM in September 2, 2025 – Reading time 2 minute
Tiada sebab untuk Star tinggalkan GRS, kata PBS


Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Joniston Bangkuai menolak desakan seorang pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (Star) agar parti itu meninggalkan gabungan berkenaan.

Joniston, yang juga ketua penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), berkata status quo kekal selagi pucuk pimpinan tertinggi partinya dan Star tidak membuat sebarang keputusan baharu.

Dia menambah keputusan semasa untuk kekal bersama GRS telah dipersetujui pada mesyuarat bersama pada 27 Ogos.

2104b278b6daa10da4db28ef281b6132

“Saya anggap itu sebagai pendirian kerana ia adalah mesyuarat di antara kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.

“Jadi bagi saya, jika kepimpinan kedua-dua parti tidak membuat sebarang keputusan baharu, maka itulah pendirian kedua-dua parti,” katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

Pada Ahad lalu, ketua bahagian Star Sulaman, Kalakau Untol menggesa partinya untuk “membuat keputusan berpecah yang berani dan jelas” daripada GRS, dengan menyatakan rakyat Sabah sudah “penat dengan permainan politik tanpa henti yang mengutamakan perjanjian gabungan berbanding perjuangan sebenar rakyat biasa Sabah.”

989c14ffe5b75d543f16274cfa02c98b
Kalakau Untol

Bekas ahli parlimen Tuaran itu memberi amaran bahawa dengan kekal bersama GRS berisiko “membungkamkan perjuangan asal Star” dan menjarakkan parti itu daripada penyokong akar umbi.

Inklusiviti jadi keutamaan

Namun, Joniston mengingatkan Kalakau bahawa pendirian bersama PBS dan Star bukan dibuat secara mudah, sambil menambah bahawa sebarang langkah meninggalkan GRS perlu melalui pertimbangan rapi dan mengambil kira peranan inklusif gabungan itu.

“Apa yang penting ialah, mesti ada inklusiviti. Kita bercakap tentang GPS (Gabungan Parti Sarawak). Dan GRS ini sama seperti GPS, yang menekankan inklusiviti.

“Seperti yang kita tahu, di Sarawak, PBB boleh memerintah negeri itu sendirian. Namun, mereka memilih untuk menerima parti lain. Kita mahu inklusiviti, jadi saya fikir semua ini perlu diambil kira.

c84cfbc345dab236f4bf6b3eb07430bb

“Kalau kita pergi solo, apa maksudnya? Kita selama ini mempromosikan inklusiviti dalam GRS, kemudian kita buat keputusan yang menunjukkan kita perlu berpisah daripada kumpulan besar dalam GRS, bukan?” soalnya.

‘GRS kekal dominan’

Joniston turut menegaskan walaupun GRS bersetuju berkongsi kerusi dengan Pakatan Harapan, gabungan itu kekal dominan, sesuatu yang menurutnya perlu dipertimbangkan Kalakau.

“Majlis tertinggi GRS sudah membuat keputusan bahawa kita akan bertanding di 55 kerusi.

49c0fd1615028030e6d71daced2e5fb1

“Dan baki 18 kerusi adalah untuk PH. Jadi itu menunjukkan kita mahu kekal dominan, dan itulah yang paling penting,” katanya.

Pada Mei lalu, pengerusi GRS Hajiji Noor menyatakan bahawa dia mahu mengekalkan kerjasama dengan PH.

Ketua menteri Sabah itu juga berkata kerjasama berkenaan akan menjadi asas dalam menentukan pakatan politik menjelang pilihan raya negeri akan datang.



Source link