PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil yang diperoleh dari Sabah. Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, ia susulan keputusan Kerajaan Persekutuan yang segera memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Sabah. “Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan menghormati prinsip Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. “Oleh itu, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak akan membuat rayuan…






