Malaysia Oversight

Tiada pencabar, Afnan kekal ketua Pemuda PAS

By MkiniBM in August 29, 2025 – Reading time 2 minute
Tiada pencabar, Afnan kekal ketua Pemuda PAS


Kedudukan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden selaku ketua Pemuda kukuh selepas kekal tanpa pencabar menjelang muktamar parti itu.

Ini selepas Ketua Pemuda , Mohamed Sukri Omar (gambar bawah) menolak pencalonan untuk merebut kerusi nombor satu sayap parti berkenaan.

Mohamed Sukri menjelaskan keputusannya dibuat selepas menilai pelbagai faktor termasuk fokus dia terhadap usaha menawan semula bersama Perikatan Nasional (PN).

“Saya amat menghargai dan meraikan setiap pencalonan ini sebagai tanda ukhwah, keyakinan serta kasih sayang pemuda kawasan-kawasan terhadap saya. Sesungguhnya ia satu penghormatan besar yang tidak ternilai. Moga ukhwah di antara kita terus erat dan kuat.

4c434367fc45f67b43941bce86984892

“Namun, setelah menimbang dengan penuh teliti, bermesyuarat dengan sahabat-sahabat seperjuangan serta mengambil kira maslahat dan keperluan parti secara keseluruhan, dengan rendah hati saya menolak pencalonan tersebut.

“Keputusan ini dibuat demi memberi ruang kepada saf kepimpinan lain untuk tampil, menyumbang tenaga dan kebijaksanaan dalam memimpin Dewan Pemuda ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, pada 21 Ogos lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat 2025/2027, Wan Rohimi Wan Daud, mengumumkan senarai calon layak bertanding pada pemilihan parti.

Senarai tersebut menyaksikan kedudukan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak dicabar dalam pemilihan September ini.

2e6f7a2e5c7c7666eeb01a71c25f54b7

Bagaimanapun, jawatan Ketua Pemuda PAS yang disandang Afnan Hamimi pada mulanya disebut-sebut bakal ditandingi Mohamed Sukri manakala Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ahmad Yahaya (gambar atas) pula dijangka dicabar Mohd Nor Hamzah.

Namun, sama seperti Mohamed Sukri, Mohd Nor juga menolak pencalonan untuk jawatan berkenaan.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Dewan Ulama kawasan yang mencalonkan saya untuk jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Saya amat menyedari harapan sebahagian perwakilan terhadap hasrat murni mereka.

“Namun demikian, dengan penuh rasa rendah diri, saya memohon kemaafan kerana tidak bersedia untuk menerimanya pada kali ini. Moga Allah berkati semua dan Allah kuatkan diriku untuk sentiasa berdoa,” katanya.



Source link