Malaysia Oversight

Tiada ‘kolaborasi agung’ selagi Umno bersama DAP

By MkiniBM in January 22, 2026 – Reading time 2 minute
Tiada 'kolaborasi agung' selagi Umno bersama DAP


Presiden Bersatu, Yassin, berpendapat cadangan Presiden , Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan satu gabungan besar atau “kolaborasi agung” bagi menyatukan semua parti Melayu dan di Malaysia, tidak mudah direalisasikan selagi masih mengekalkan kerjasama politik dengan DAP.

Walaupun kekal terbuka terhadap cadangan itu, berkata langkah tersebut sukar dilaksanakan kerana hubungan erat antara dan DAP dalam ketika ini.

“Kita tidak boleh terima selagi Umno mengadakan kerjasama dengan DAP, kami tak akan setuju.

“Adakah Zahid sekarang mahu mengatakan bahawa beliau mahu berpisah dengan Pakatan Harapan (PH)?

“Ini perlu dijawab sebelum mengadakan perbincangan selanjutnya,” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam bersama pengamal media berbahasa Tamil di Brickfields, semalam.

ac156ba26b0623f593e389ba83c138dd

Zahid sebelum ini mengemukakan usul pembentukan satu gabungan besar “kolaborasi agung” dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) minggu lepas.

Bagaimanapun, Zahid menegaskan cadangan itu tertakluk kepada satu syarat utama, iaitu tidak mengganggu atau menggugat perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Ditanya sama ada Umno pernah berjumpa dengan atau Bersatu bagi membincangkan cadangan itu, Zahid berkata pertemuan sedemikian pernah berlaku sebelum ini.

“Ada, pertemuan tidak beberapa lama dulu,” katanya ringkas.

Namun, menafikan Bersatu pernah memberikan mandat kepada mana-mana pemimpin untuk berunding dengan Umno

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata gabungan pembangkang masih belum membincangkan soal menyertai mana-mana gabungan baru.

“Dalam PN, kita belum berbincang kumpulan mana. Kami percaya untuk masa depan, perkara berkaitan kerjasama luar perlu dipersetujui bersama. Setakat ini, tiada perkara sebegitu,” kata bekas pengerusi PN itu.

Ditanya mengenai kemungkinan bertemu Zahid bagi membincangkan hal tersebut, Muhyiddin berkata dia sedia mengadakan perjumpaan, namun niat sebenar mengenai cadangan kolaborasi agung itu perlu dijelaskan.

“Saya masih terbuka cadangan ini. Namun, Zahid perlu menjelaskan niat sebenar penubuhan kerjasama ini terlebih dahulu.

“Pertemuan boleh diadakan bila-bila masa, tetapi saya mahu tahu apa yang dia maksudkan dengan cadangan itu,” katanya.



Source link