Malaysia Oversight

‘Tiada jentikan ghaib, Muhyiddin sudah di penghujung dalam PN’

By MkiniBM in January 6, 2026 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Puad Zarkashi menolak gambaran Yassin sebagai “perwira politik” yang memiliki pengaruh luar biasa dalam Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, dia menegaskan bekas perdana menteri yang juga presiden Bersatu itu sudah kehilangan sokongan dan berada di penghujung pengaruhnya dalam gabungan tersebut.

“Hanya yang tahu tiga ahli Parlimen sahaja yang sokong dia. MP Bersatu yang lain semuanya ikut (Timbalan Presiden Bersatu) Hamzah Zainudin.

“Justeru tahu dia sudah di penghujung. Dia tidak boleh tahan.,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Puad merujuk kepada analisis profesor seni bina , Tajuddin Rasdi yang menyifatkan Muhyiddin sebagai tokoh berpengaruh dengan kuasa “jentikan ghaib” sehingga mampu menguasai pemimpin lain dalam PN.

Katanya, analisis itu sebagai tidak berpijak di bumi nyata dan gagal memahami apa yang sebenarnya berlaku dalam PN serta parti Bersatu.

Malah, menurut Puad, Muhyiddin sedar sokongan terhadapnya dalam kalangan ahli parlimen Bersatu amat terhad.

5f522911e8fa7d168dfaeac9ed8fd7ff
Tajuddin Rasdi

Puad turut menolak dakwaan bahawa peletakan jawatan beberapa pengerusi negeri Bersatu mencerminkan kekuatan Muhyiddin, memandangkan mereka bukan Ahli Parlimen dan tidak menentukan sokongan sebenar di peringkat pusat.

Justeru, kata pemimpin itu, Muhyiddin sedar kedudukannya tidak lagi mampu dipertahankan, menyebabkan dia memilih untuk berundur daripada jawatan pengerusi PN.

“Dia pernah cuba bertahan ketika 15 ahli parlimen tarik sokongan, tetapi akhirnya tetap terpaksa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kelapan. Di mana ‘perwira politiknya’?” soal Puad.

Puad turut mengkritik kepimpinan Muhyiddin yang disifatkannya keras kepala, termasuk keputusan mengisytiharkan darurat semasa pandemik Covid-19 serta keengganannya mengikut nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk menyertai Perpaduan.

291c70fa631f0718dbb2f32758da780a

Katanya, Muhyiddin mungkin cekap memanfaatkan keadaan, tetapi lemah dari segi sokongan akar umbi, satu faktor yang akhirnya melemahkan kedudukannya dalam Bersatu.

“Hamzah menguasai akar umbi parti. Akhirnya Muhyiddin menggelupur dan meninggalkan PN,” katanya.

Mengulas krisis di Perlis, Puad mendakwa perkembangan itu membuktikan Muhyiddin menjadi punca keretakan PN, malah menyifatkannya sebagai “perosak” kepada gabungan tersebut.

“Dia yang bunuh PN. Umno tidak terkesan langsung. Malah, ia bagus untuk Umno,” katanya.

Puad juga menyatakan keyakinan Umno bahawa tidak berminat untuk mengambil alih kepimpinan PN, terutama selepas prestasi buruk gabungan itu di Sabah yang disifatkannya sebagai “total loss”.

1f16d2a1f188ec180f001d00089605c9

Menurutnya, sedar Bersatu berada di ambang kejatuhan, manakala Hamzah pula sedang merancang jajaran politik baharu.

“Ini menunjukkan PN juga sedang menuju ke arah ‘tutup kedai’,” katanya lagi.



Source link