Malaysia Oversight

Tiada arahan ahli PKR kena sokong BN atau GRS

By MkiniBM in November 24, 2025 – Reading time 1 minute
Tiada arahan ahli PKR kena sokong BN atau GRS


Parti Keadilan Rakyat () tidak memberikan sebarang arahan kepada ahlinya di Sabah mengenai pihak mana yang perlu disokong di kawasan yang mempunyai kedua-dua calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional () pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Setiausaha Agung Datuk Dr Fuziah Salleh berkata kepimpinan pusat akan menentukan calon mana yang perlu disokong apabila tiba masanya.

“Pada ketika ini, tiada arahan secara menyeluruh. Kami melakukannya mengikut kes berdasarkan siapa yang lebih berpeluang menang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan E-Dagang ASEAN 2025 di Kuala Lumpur hari ini.

Media melaporkan sebuah cawangan telah menyatakan sokongan untuk calon di kerusi Tempasuk yang turut direbut calon GRS.

Hari mengundi PRN Sabah ditetapkan pada 29 Nov ini manakala pengundian awal pada 25 Nov.

Bernama



Source link