Malaysia Oversight

Ti beri tip buat PAS tarik undi bukan Melayu

By MkiniBM in September 3, 2025 – Reading time 3 minute
Ti beri tip buat PAS tarik undi bukan Melayu


Bekas naib presiden MCA tampil memberi panduan kepada untuk menarik sokongan masyarakat Cina dan India kepada parti itu.

Ti Lian Ker menegaskan parti pimpinan Abdul Hadi Awang itu perlu menampilkan wajah yang adil, rahmah dan lebih terbuka, bukannya berwajah keras dan dogmatik.

“Wajah yang keras dengan isu budaya atau agama lain perlu diubah. Setiap kali gagal mengamalkan nilai-nilai yang lembut, bertolak ansur dan akomodatif membawa wajah ‘hodoh’ PAS yang kelihatan cepat menghukum, ganas atau menolak kepelbagaian.

“Ini semestinya menakutkan pengundi bukan Melayu yang akan menjauhkan diri dan memulau mereka yang mendampingi PAS,” katanya.

Ti berkata, PAS juga perlu fokus terhadap masalah harian rakyat dan bukan retorik agama.

Dia turut memberikan contoh dengan mendakwa ramai pendakwah berjaya mengislamkan bukan bukanlah melalui dakwah hukum-hakam tetapi dengan timbang-rasa, keprihatinan dan kebajikan.

“Retorik politik seperti ‘ketuanan Melayu’ dan ‘politik Islam’ berwajah keras dan menakutkan. Cina dan India menilai parti berdasarkan penyelesaian isu ekonomi, pendidikan, kos sara hidup dan peluang pekerjaan yang telah diamalkan BN dahulunya sehinggalah mula menunjukkan ‘taring ketuanan’ dan kerakusan kuasa untuk membolot kekayaan.

“Jadikan PAS sinonim dengan satu parti yang beramal dan memberi penyelesaian praktikal pada bangsa dan negara dan bukannya sekadar retorik moral atau menjadi ‘polis moral’,” katanya yang juga bekas timbalan menteri perpaduan.

PAS secara umum dilihat sebagai sebuah parti Islam yang kurang mendapat sokongan daripada pengundi bukan Melayu walaupun mempunyai sayap parti yang mewakili golongan minoriti itu.

Sebagai salah satu komponen PN, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini mengalukan-alukan MCA dan menyertai mereka.

Jemputan Tuan Ibrahim itu muncul di tengah-tengah ketidakpuasan hati MCA dan terhadap BN.

Ti berkata, PAS juga perlu menonjolkan integriti, timbang rasa dan imej parti yang bencikan rasuah seperti mana ajaran sebenar Islam.

“PAS mempunyai kekuatan dan kelebihan imej bersih, lembut dan suci yang boleh dipasarkan kepada masyarakat bukan Islam yang sudah jelak, jemu dan ‘fed-up’ dengan politik dan retorik kosong dan penuh dengan penipuan dan ‘opportunistic’.

“Jika konsisten melawan rasuah dan menegakan keadilan dan kebenaran, PAS akhirnya akan lebih mudah diterima masyarakat bukan Melayu yang menolak kronisme dan salah guna kuasa yang mereka sudah muak dan cemuh,” jelasnya.

Selain itu tambahnya lagi, parti yang berpengaruh di negeri Pantai Timur itu mesti ikhlas mendekati komuniti Cina dan India dan bukan hanya sekadar hadir berpolitik semasa pilihan raya.

“Sertai aktiviti kebudayaan, ziarah rumah ibadat, duduk semeja dalam forum masyarakat majmuk. Wujudkan kepimpinan Cina dan India dalam PAS supaya mereka tidak rasa hanya sebagai pelengkap, patung atau ‘window dressing’ semata-mata.

“Nyatakan sokongan terbuka terhadap Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJKC Tamil, serta kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

“PAS perlu memberi jaminan bahawa hak pendidikan dan budaya bukan Melayu yang sedia ada, akan terus dilindungi seperti dalam perlembagaan apabila ada golongan dalam yang cuba menghapuskan atau menutup sekolah-sekolah sedemikian,” kata Ti sambil menambah bahawa PAS perlu bercakap sebagai parti untuk semua.



Source link