Threads Mula Memaparkan Iklan Untuk Pengguna Malaysia
Aman
Threads, salah satu perkhidmatan sosial yang dimiliki Meta dan beroperasi dibawah Instagram, kini dilihat telah mula memperluaskan paparan pengiklanan kepada pengguna di Malaysia.
Untuk makluman, Threads sedia menguji ciri pengiklanan untuk pengguna di beberapa buah negara sebelum ini, dan kini ia dilihat diperluaskan juga untuk pengguna tempatan. Iklan dipaparkan seperti bentuk perkongsian biasa pada garis masa, dan dilabelkan sebagai “Iklan”.

Daripada pengamatan kami, paparan iklan tidak begitu menganggu berbanding dengan X pada hari ini. Namun, ia boleh dikatakan ini masih pada peringkat awal, dan bergerak kehadapan, kita mungkin melihat lebih banyak perkongsian iklan melaluinya.
Untuk tujuan pengiklanan, Threads menggunakan sistem pengiklanan sedia ada Meta, membolehkan pengguna memaparkan iklan rentas platform, termasuk di Facebook dan Instagram.
Bagi anda yang menggunakan Threads, sudahkah anda turut melihat paparan iklan pada garis masa anda?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.