Malaysia Oversight

Threads Menguji Ciri Memuat Naik Karangan Panjang Seakan Di X

By Amanz in August 29, 2025 – Reading time 1 minute
Threads Menguji Ciri Memuat Naik Karangan Panjang Seakan Di X


Threads Menguji Ciri Memuat Naik Karangan Panjang Seakan Di X

August 29, 2025
Aplikasi
Meta

Effi Saharudin

Sebelum Twitter, X dan Threads cara paling popular berkongsi karangan panjang ialah dengan menulis blog. Medium blog kini sudah kurang popular tetapi masih ramai ingin membaca karangan panjang bagi membincangkan idea kompleks yang memerlukan lebih daripada beberapa ratus aksara untuk diterangkan.

Threads kini sedang menguji ciri membenarkan pengguna menulis artikel panjang di dalam platform. Apabila digunakan, petikan pendek karangan panjang akan dipaparkan dalam tingkap kecil berwarna kelabu. Artikel panjang kemudiannya boleh dibaca dengan menekan tingkap kecil ini. Ciri ini ditemukan oleh @rpn seorang pengguna Threads.

Thread Artikel Panjang Blog

Sokongan memuat naik artikel panjang ini mirip dengan ciri Articles yang disokong di X sejak tahun lalu. Di X, Articles hanya boleh digunakan pelanggan Twitter Premium+ dengan ia dilihat sebagai cara menjadikan X sebuah laman berita. Walaupun Articles sudah lama dilancarkan, jarang sekali melihat ia digunakan pelanggan Premium+.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link