Threads Menambah Sokongan Permesejan Berkumpulan Sehingga 50 Orang
Aman
Threads, aplikasi media sosial terbaru dibawah Meta telah pun sedia menawarkan sokongan permesejan sejak bulan Julai 2025 lepas, membolehkan pengguna Threads menghantar dan menerima mesej antara satu sama lain. Terbaru, bermula hari ini, Threads turut menambah kemaskini kecil, membolehkan permesejan berkumpulan dilakukan melalui perkhidmatan tersebut.

Dengan langkah ini, pengguna boleh menambah sehingga 50 orang pada sesuatu perbualan berkumpulan, dan berbincang serta berbual menggunakan aplikasi Threads. Seperti perkhidmatan permesejan lain, anda turut boleh menamakan kumpulan berkenaan. Meta mengatakan, kelak anda turut boleh menjana pautan khusus untuk menjemput atau mengajak orang lain menyertai kumpulan permesejan berkenaan.
Kemaskini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






