Threads Kini Mempunyai Ciri Communities Untuk Perbincangan Topik Terpilih
October 3, 2025
Meta
Effi Saharudin
Threads memperkenalkan ciri baharu Communities

Apabila pengguna menyertai komuniti tertentu, label akan dipaparkan pada skrin profil. Thread akan memberikan emoji khas yang hanya boleh digunakan dalam komuniti tertentu bagi menjadikan keahlian terasa lebih unik. Bagi pengguna yang menyumbang kepada komuniti, mereka akan diberikan lencana khas sebagai penghargaan.
Untuk menggunakan ciri ini, anda hanya perlu melakukan carian topik tertentu. Threads akan memaparkan komuniti yang boleh disertai sekiranya ia sudahpun wujud. Komuniti baharu akan ditambah dari semasa ke semasa.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






