Threads Kini Mempunyai 150 Juta Pengguna Aktif Harian
Effi Saharudin
Threads kini mempunyai 150 juta pengguna aktif harian dengan ia adalah peningkatan daripada 100 juta pengguna aktif harian yang diumumkan Disember tahun lalu. Jumlah pengguna bulanan pula ialah lebih 400 juta dengan ia semakin menghampiri X yang mempunyai 600 juta pengguna aktif bulanan.

Pengguna Threads semakin meningkat kerana penghijrahan daripada X yang turut meningkat. Pada waktu yang sama Threads mempunyai ciri yang setanding dengan X seperti menyunting hantaran dan pengenalan ciri komuniti yang memudahkan carian pengguna lain dengan minat yang sama. Namun begitu Threads juga kreatif memperkenalkan ciri unik seperti Ghost Post yang memadam perkongsian selepas 24 jam.
Di Malaysia kami melihat Threads amat popular kerana algoritma memaparkan lebih banyak kandungan tular tempatan yang dirasakan relevan dengan minat peribadi. Sementara itu di X, algoritma hanya menaikkan kandungan yang menimbulkan kemarahan dan terlalu berkiblatkan Amerika Syarikat sehingga tidak relevan dengan pengguna global.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






