Malaysia Oversight

The Glide Menggantikan Anjing Untuk OKU Penglihatan

By Amanz in October 7, 2025 – Reading time 1 minute
The Glide Menggantikan Anjing Untuk OKU Penglihatan


The Glide Menggantikan Anjing Untuk OKU Penglihatan

October 7, 2025
Robot

Effi Saharudin

Penggunaan anjing sebagai pengganti mata oleh OKU penglihatan ialah perkara normal di negara barat. Tetapi di Malaysia terdapat banyak kekangan sehingga penggunaan anjing pembantu menjadi taboo. Di Amerika Syarikat, robot The Glide dibangunkan sebagai alternatif kepada penggunaan anjing.

The Glide B

OKU penglihatan boleh memegang tangkai The Glide seperti tali anjing. Robot ini dilengkapi roda yang akan mengarahkan penggunaan ke destinasi yang diingini. Sistem kamera dan kecerdasan buatan (AI) akan memastikan perjalanan dapat dilakukan dengan selamat dan tepat.

Ia turut mempunyai speaker untuk memberikan amaran seperti halangan dan objek yang berbahaya di hadapan. Kamera memberikan amaran objek di hadapan, objek di permukaan jalan dan objek tergantung yang mengelakkan pengguna terhantuk kepala. Menerusi mod navigasi, data daripada Google Map boleh dihantar ke The Glide untuk ia bergerak ke lokasi dengan tepat.

The Glide A

Terdapat juga sistem haptik pada pemegang supaya pengguna tahun butang apa yang ditekan. Setiap The Glide adalah seberat 3.5 kg yang membolehkan ia diangkat dengan muda apabila diperlukan. Dengan sekali caj, ia boleh beroperasi sehingga 6 jam.

Setiap The Glide dijual pada harga $1499 (~RM 6322) sebuah dengan yuran langganan $30 (~RM 126) sebulan untuk pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link