Malaysia Oversight

Thanos ‘dihukum’ pindah ke unit baru

By MkiniBM in July 30, 2025 – Reading time 2 minute
Thanos ‘dihukum’ pindah ke unit baru


Seorang pegawai Imigresen dikenali sebagai “Thanos” yang didakwa terlibat dengan sindiket ‘fly‘ dan ‘phantom travels‘ (pengembara hantu) dipindah unit, menurut sumber.

Dia dikatakan dipindah daripada satu pasukan pengurusan imigresen Terminal 2, Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada unit lain, yang terlibat dalam kerja-kerja pejabat.

“Saya anggap pertukaran itu sebagai ‘hukuman’ pada dia,” kata satu sumber ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kepada Malaysiakini.

Perkara itu dianggap sebagai hukuman kerana tugas baru itu memerlukan Thanos berada di pejabat pada kebanyakan masa, sekali gus membatas pergerakannya daripada meneruskan sindiket, kata sumber.

dd5f96a046ac137d6ae7637cb1ad8b08
Dalam modus operandi baru sindiket fly, maklumat diserahkan kepada pegawai kaunter melalui nota kecil

Katanya, Thanos melapor diri ke unit baru itu pada minggu lepas.

Terdapat empat pasukan pengurusan–dari A ke D–di setiap terminal di KLIA yang ditugaskan secara bergilir-gilir bagi menguruskan pelbagai perkara antaranya menjaga kaunter, pintu pagar dan pemantauan.

Sindiket fly merujuk kepada kegiatan pemalsuan status imigresen, membersihkan rekod individu yang melebihi tempoh visa atau disenarai hitam.

Sementara sindiket ‘pengembara hantu’ melibatkan kakitangan yang terbang ke luar negara tanpa butiran perjalanan mereka ditunjukkan dalam rekod imigresen.

Sementara itu, satu sumber lain dari KLIA memberitahu Malaysiakini bahawa Thanos terus terlibat dengan sindiket fly sebagai ‘runner‘, walaupun selepas perkara itu didedahkan media.

“Saya tidak pasti sama ada beliau disiasat atau tidak. 

“Tapi, saya pasti lepas Malaysiakini bongkar sindiket dia, dia hilang seketika dan juga tak masuk kerja hampir dua minggu.

“Kemudian, dia masuk semula bertugas dan masih terlibat dengan sindiket fly,” kata sumber itu.

Terdapat laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) pada 19 Julai berhubung dakwaan sindiket fly melibatkan seorang warganegara .

Menurut maklumat dalam laporan yang dibuat di Balai Polis KLIA2 itu mendapati tiada cop masuk di dalam pasport lelaki itu.

dfc0e27b4bb3870fc4926c74bbac2901
Mesej dari ejen kepada pengembara untuk masuk melalui kaunter mana

Bagaimanapun, difahamkan dalam maklumat sistem kemasukan pelawat asing menunjukkan dia masuk ke negara pada 10 Julai dan tinggal di Malaysia melebihi masa, hampir dua bulan.

“Saya boleh katakan Thanos masih bertindak sebagai ‘runner’ dan mengutip dalam RM1,000 untuk satu pasport,” dakwa seorang ejen sindiket.

Malaysiakini telah menghubungi AKPS dan masih menunggu maklum balasnya. Portal ini juga sedang cuba mendapatkan komen Thanos.



Source link