Malaysia Oversight

Thailand serang Kemboja, ketegangan di sempadan kembali memuncak

By MkiniBM in December 8, 2025 – Reading time 2 minute
Thailand serang Kemboja, ketegangan di sempadan kembali memuncak


Thailand melancarkan serangan udara di sempadan kawasan pertikaiannya dengan Kemboja, selepas kedua-dua negara saling menuduh pihak satu lagi melanggar gencatan senjata yang dibantu oleh Malaysia.

Sekurang-kurangnya seorang askar Thai dan empat cedera dalam pertempuran baru yang meletus di sekitar dua kawasan di Ubon Ratchathani, kata tentera Thailand dalam kenyataan, selepas tenteranya diserang oleh Kemboja.

“Pihak Thai kini mula menggunakan pesawat untuk menyerang sasaran ketenteraan di beberapa kawasan,” kata kenyataan itu, seperti dilaporkan Reuters.

dc6fc0a99f9b5de2b60cb1e132967c55

Kementerian Pertahanan Kemboja pula dalam kenyataan berakta Thailand melancarkan menyerang mereka di dua lokasi, susulan tindakan provokatif selama beberapa hari, dan menambah bahawa tentera Kemboja tidak membalasnya.

Tentera Thailand berkata tentera Kemboja melepaskan roket BM-21 ke arah kawasan awam Thailand, sambil menambah tiada laporan mengenai korban.

Gencatan senjata dicemari

Pertikaian sempadan meletus menjadi konflik lima hari pada bulan Julai, sebelum perjanjian gencatan senjata yang diuruskan oleh Perdana Menteri Malaysia Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald , yang turut menyaksikan penandatanganan perjanjian damai di Kuala Lumpur pada Oktober.

Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dan dianggarkan 300,000 orang dipindahkan sementara semasa pertempuran Julai, dengan negara berjiran itu saling berbalas roket dan tembakan artileri berat.

d61f61b3856c8c5a3f2d66458f74a4b3
Gencatan senjata yang dicapai di KL sebelum ini

Berikutan letupan periuk api bulan lalu yang mencederakan salah seorang askarnya, Thailand berkata ia menghentikan pelaksanaan pakatan gencatan senjata dengan Kemboja.

Bekas pemimpin Kemboja yang berpengaruh, Hun Sen, bapa kepada perdana menteri semasa Hun Manet, berkata tentera Thailand adalah “penceroboh” yang berusaha untuk mencetuskan tindak balas dan menggesa pasukan Kemboja untuk menahan diri.

“Garis merah untuk membalas sudah ditetapkan. Saya menggesa komander di semua peringkat untuk mendidik semua pegawai dan askar dengan sewajarnya,” kata Hun Sen di Facebook, tanpa mengulas lanjut.

Di Thailand, lebih 385,000 orang awam di empat daerah sempadan sedang dipindahkan, dengan lebih 35,000 sudah ditempatkan di tempat perlindungan sementara, kata tentera Thai.

Thailand dan Kemboja selama lebih satu abad mempertikaikan kedaulatan di kawasan yang tidak ditanda di sepanjang sempadan darat 817 km (508 batu) mereka, yang pertama kali dipetakan pada tahun 1907 oleh Perancis ketika ia memerintah Kemboja sebagai jajahan.

Ketegangan yang memuncak kadangkala meletus menjadi pertempuran kecil, seperti serangan  artileri selama seminggu pada tahun 2011, walaupun terdapat percubaan untuk menyelesaikan tuntutan bertindih secara aman.



Source link