Malaysia Oversight

Thailand, Kemboja pilih Malaysia kerana ekonomi, politik stabil

By MkiniBM in August 3, 2025 – Reading time 2 minute
Thailand, Kemboja pilih Malaysia kerana ekonomi, politik stabil


Thailand dan Kemboja memilih Malaysia sebagai lokasi rundingan damai kerana keyakinan terhadap kestabilan politik serta kemajuan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim.

Beliau berkata sebagai negara sahabat, Malaysia berbangga dapat membantu menyelesaikan konflik antara kedua-dua negara Asia Tenggara itu sekali gus memastikan rantau ini terus aman dan stabil.

“Kita bangga sebagai negara sahabat, kejayaan Malaysia menyelesaikan perang antara dua negara. Bayangkan, mereka setuju di Kuala Lumpur. Kali pertama kita dapat damaikan peperangan dua negara di Kuala Lumpur,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2025 di Kota Kinabalu hari ini.

berkata Menteri Pertahanan Kemboja Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Natthaphon Narkphanit dijangka tiba di Kuala Lumpur esok, bagi mengadakan perbincangan terperinci dalam usaha mencari penyelesaian konflik yang melanda kedua-dua negara itu.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta timbalannya Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

6db4415bccd3b05f24bb4e7b7d1ac3df

Pada 28 Julai, Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat berkuat kuasa serta-merta, susulan mesyuarat khas diadakan di yang dipengerusikan .

Pada mesyuarat berkenaan, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai turut mencapai persetujuan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata itu.

Anwar berkata kejayaan ini telah menjadikan Malaysia dikenali di persada dunia hingga menarik perhatian pemimpin global termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald yang menghubunginya bagi mengucapkan penghargaan atas usaha Kuala Lumpur menyelesaikan konflik tersebut.

Selain itu, Perdana Menteri berkata Malaysia turut mendapat perhatian dan penghargaan daripada pemimpin pelbagai negara termasuk Jerman, Perancis serta kalangan negara Asia lain.

“Pelbagai usaha dilakukan. Saya hubungi Presiden , Presiden Xi Jinping dan akhirnya kita minta (berunding), kedua-duanya (Thailand dan Kemboja) setuju. Bayangkan mereka bagi kepercayaan kepada kita,” katanya.

– Bernama



Source link