Malaysia Oversight

Tetikus Logitech Pro X2 Superstrike Menggantikan Suis Fizikal Dengan Sistem Haptik

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
Tetikus Logitech Pro X2 Superstrike Menggantikan Suis Fizikal Dengan Sistem Haptik


Tetikus Logitech Pro X2 Superstrike Menggantikan Suis Fizikal Dengan Sistem Haptik

September 18, 2025
Logitech

Effi Saharudin

Sejak kali pertama dicipta pada dekad 60an, tetikus dilengkapi suis fizikal yang mengesan klik pengguna. Semalam Logitech Pro X2 Superstrike diumumkan dengan ia adalah tetikus pertama yang menggantikan suis fizikal degan sistem haptik.

Logitech Pro X2 Superstrike B

Sistem haptik analog Haptic Inductive Trigger System (HITS) memberikan pergerakan 0.6mm apabila ditekan. HITS menawarkan masa mengesan klik 30 milisaat lebih pantas dengan 10 tetapan lokasi tekanan yang boleh diperibadikan menerusi perisian G Hub pada komputer.

Terdapat juga sokongan sistem rapid trigger yang membolehkan klik dilakukan lebih pantas tanpa jari diangkat dengan tinggi. Sensor Hero 2 di bahagian bawah pula mempunyai kadar polling sehingga 8000 Hz, tahap pengesanan 100 – 44,000 DPI dan pecutan sehingga 88G yang memberikan kejituan pergerakan pantas.

Pro X2 Superstike boleh digunakan secara nirwayar sehingga 90 jam menerusi dongal Lightspeed USB-A atau berwayar menggunakan kabel USB-A ke USB-C. Logitech Pro X2 Superstrike akan mula dijual tahun depan pada harga $179.99 (~RM 755) sebuah.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link