Malaysia Oversight

Tesla Meraikan Penghantaran Kenderaan Ke 10,000 Di Malaysia

By Amanz in September 26, 2025 – Reading time 1 minute
Tesla Meraikan Penghantaran Kenderaan Ke 10,000 Di Malaysia


Tesla Meraikan Penghantaran Kenderaan Ke 10,000 Di Malaysia

September 26, 2025
Automotif

Aman

Tesla Malaysia hari ini meraikan pencapaian terbaru mereka, selepas menghantar kenderaan yang ke 10,000 di Malaysia kepada pembeli, sekaligus memperlihatkan mereka telah berjaya menjual lebih 10,000 kenderaan berjenama Tesla di pasaran Malaysia setakat ini.

Tesla 10k

Tesla sebelum ini telah memasuki pasaran Malaysia secara rasminya pada Julai 2023, dan angka 10,000 penghantaran ini berjaya dicatatkan dalam tempoh masa lebih 2 tahun. Disamping kenderaan, Tesla turut kini mengoperasikan 16 stesen pengecas dan juga 15 stesen Supercharging di Malaysia. Buat masa ini, beberapa perkara masih belum diimplementasi termasuk pembukaan stesen pengecasan mereka kepada pemilik kenderaan berjenama lain.

Selari pencapaian terbaru ini, Tesla turut mengumumkan bermula hari ini sehingga 30 September 2025, semua pembeli akan diraikan melalui pengalaman khusus. Pembeli Model 3 dan Model Y sehingga 28 September 2025 juga akan menerima pin edisi terhad Tesla.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link