Malaysia Oversight

Tesla Mencadangkan Pelan Pampasan $1 Trilion Untuk Elon Musk Jika Kekal CEO

By Amanz in September 6, 2025 – Reading time 1 minute
Tesla Mencadangkan Pelan Pampasan $1 Trilion Untuk Elon Musk Jika Kekal CEO


Tesla Mencadangkan Pelan Pampasan $1 Trilion Untuk Elon Musk Jika Kekal CEO

September 6, 2025
Automotif
Kewangan

Effi Saharudin

Lembaga pengarah Tesla mencadangkan pelan pampasan bernilai $1 trilion (~RM 4.22 trilion) untuk CEO Elon Musk. Pampasan ini diberikan kepada Musk sebagai insentif untuk memastikan beliau kekal sebagai CEO Tesla selama 10 tahun lagi dengan beliau mencapai beberapa sasaran yang ditetapkan dalam tempoh tersebut.

000 8WA6DZ

Pampasan $1 trilion ini adalah dalam bentuk 12% saham Tesla sekiranya beliau mencapai meningkatkan nilai pasaran syarikat ke $8.6 trilion dalam masa sedekad. Pada waktu ini nilai pasaran Tesla ialah sekitar $1.1 trilion. Jika Musk berjaya mencapai sasaran, beliau akan memegang hampir 29% saham syarikat.

Sasaran lain yang perlu dicapai Musk termasuklah;

  • Mengeluarkan 1 juta teksi swapandu Cybercab bagi tujuan komersial.
  • Mengeluarkan 1 juta robot juga untuk tujuan komersial.
  • Meningkatkan keuntungan Tesla ke $400 bilion daripada $17 billion sekarang.
  • Mencapai penghantaran 20 juta EV

Sepanjang tempoh 10 tahun ini, Musk tidak akan menerima sebarang gaji atau bonus tunai daripada syarikat. Tawaran pampasan yang cukup besar ini akan menjadikan Musk manusia pertama mencapai status trilionwan. Beliau pada waktu adalah manusia terkaya dunia dengan harta mencecah $437 bilion dengan pencabar terdekat beliau Larry Elisson “hanya” mempunyai $283 bilion.

Walaupun tawaran pampasan ini lumayan, ia tiba pada ketika Tesla sedang menghadapi pelbagai isu dengan beberapa eksekutif tinggi meninggalkan syarikat serta pasukan superkomputer Dojo yang melatih swapandu FSD telah dibubarkan. Sementara itu jualan EV mereka di pasaran dunia jatuh mendadak disebabkan persaingan syarikat serta pendirian politik Musk.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link