Malaysia Oversight

Tesla Meluluskan Pakej Ganjaran $1 Trilion Untuk Elon Musk

By Amanz in November 7, 2025 – Reading time 2 minute
Tesla Mencadangkan Pelan Pampasan $1 Trilion Untuk Elon Musk Jika Kekal CEO


Tesla Meluluskan Pakej Ganjaran $1 Trilion Untuk Elon Musk

November 7, 2025
Automotif

Effi Saharudin

Pemegang saham Tesla telah meluluskan pakej ganjaran bernilai $1 trilion (~RM 4.18 trilion) untuk CEO Elon Musk pada ini. Kelulusan diberikan selepas menerima persetujuan 75% pemegang saham dalam undian yang dilakukan minggu ini.

Pampasan ini diberikan kepada Musk sebagai insentif untuk memastikan beliau kekal sebagai CEO Tesla selama 10 tahun lagi dengan beliau mencapai beberapa sasaran yang ditetapkan dalam tempoh tersebut. Lembaga pengarah Tesla mencadangkan pakej ganjaran ini pada bulan September lalu.

000 8WA6DZ

Pampasan $1 trilion ini adalah dalam bentuk 12% saham Tesla sekiranya beliau mencapai meningkatkan nilai pasaran syarikat ke $8.6 trilion dalam masa sedekad. Pada waktu ini nilai pasaran Tesla ialah sekitar $1.1 trilion. Jika Musk berjaya mencapai sasaran, beliau akan memegang hampir 29% saham syarikat.

Sasaran lain yang perlu dicapai Musk termasuklah;

  • Mengeluarkan 1 juta teksi swapandu Cybercab bagi tujuan komersial.
  • Mengeluarkan 1 juta robot Optimus juga untuk tujuan komersial.
  • Meningkatkan keuntungan Tesla ke $400 bilion daripada $17 billion sekarang.
  • Mencapai penghantaran 20 juta EV

Sepanjang tempoh 10 tahun ini, Musk tidak akan menerima sebarang gaji atau bonus tunai daripada syarikat. Tawaran pampasan yang cukup besar ini akan menjadikan Musk manusia pertama mencapai status trilionwan. Beliau pada waktu ini adalah manusia terkaya dunia dengan harta mencecah $491 bilion dengan pencabar terdekat beliau Larry Elisson “hanya” mempunyai $298 bilion.

Walaupun tawaran pampasan ini lumayan, ia tiba pada ketika Tesla sedang menghadapi pelbagai isu dengan beberapa eksekutif tinggi meninggalkan syarikat serta EV mereka di pasaran dunia jatuh mendadak disebabkan persaingan daripada syarikat EV lain yang semakin sengit.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link