Malaysia Oversight

‘Teruskan pengecualian bayaran PTPTN pada mahasiswa cemerlang IPTS’

By MkiniBM in November 12, 2025 – Reading time 2 minute
'Teruskan pengecualian bayaran PTPTN pada mahasiswa cemerlang IPTS'


disaran meneruskan pengecualian bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar yang memperoleh ijazah kelas pertama di institut pendidikan tinggi swasta (IPTS).

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, berkata wajar menarik balik cadangan untuk menghentikan pengecualian itu seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2026 Oktober lalu.

Katanya, penjimatan subsidi boleh digunakan untuk tujuan tersebut dengan kos sekitar RM82 juta hingga RM90 juta setahun.

“Sebenarnya kos untuk pengecualian bayaran PTPTN hanya sekadar RM82 juta ke RM90 juta setahun dan ini sekadar 0.6 peratus daripada RM15 bilion yang diperolehi penjimatan daripada penyasaran subsidi, RON95, diesel, ayam, telur, elektrik dan sebagainya.”

“Saya setuju harus diteruskan.. pengecualian bayaran kepada pelajar IPTS akan membantu mereka daripada sistem yang tidak adil masuk ke universiti,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Lee menambah saranan itu selaras dengan hasil kajian Centre of Regional Strategic Studies (Cross).

25c76749a30ce3860d337c705ebf8b27

Pada pembentangan Belanjawan 2026 lalu, kerajaan mengumumkan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pelajar IPTS. Sebaliknya ia kini hanya dikekalkan untuk graduan ijazah sarjana muda kelas pertama daripada kumpulan B40 dan M40 di IPTA.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagaimanapun sedia menilai cadangan untuk mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada mahasiswa IPTS daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Menterinya, Zambry Abdul Kadir, berkata dasar pengecualian bayaran balik PTPTN pada masa ini hanya diberikan kepada mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana yang memperoleh ijazah sarjana muda kepujian kelas pertama di IPTA.

Selain itu, Chung turut menggesa kerajaan mengenakan bon jaminan terhadap mahasiswa yang mendapat biasiswa kerajaan bagi memastikan mereka berkhidmat kepada negara selama tiga tahun, bagi mengelakkan kehilangan tenaga mahir.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing, menggesa PTPTN melakukan rombakan besar-besaran dari segi penawaran pinjaman, termasuk memberi tumpuan kepada bidang-bidang yang memberi pulangan kepada negara.

“Perkara ini boleh memastikan mereka yang keluar (tamat pengajian) tidak sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Kalau tidak perkara ini akan berulang terhadap generasi akan datang,” katanya.



Source link