Malaysia Oversight

Terrirudin tarik diri dari panel Mahkamah Persekutuan kes rayuan Seksyen 233

By MkiniBM in November 13, 2025 – Reading time 1 minute
Terrirudin tarik diri dari panel Mahkamah Persekutuan kes rayuan Seksyen 233


Hakim Mahkamah Persekutuan Ahmad Terrirudin Salleh menarik diri daripada panel Mahkamah Persekutuan yang mempengerusikan rayuan terhadap Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ini berlaku selepas peguam Malik Imtiaz Sarwar menyuarakan kebimbangannya kepada panel yang dipengerusikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais, kerana Terrirudin, yang merupakan bekas peguam negara, sebelum ini telah berhujah tentang kes itu di Mahkamah Rayuan.

Pada mulanya, panel itu terdiri daripada lima hakim termasuk Abu Bakar, Terrirudin dan hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Nordin Hassan, serta hakim Mahkamah Rayuan Che Ruzima Ghazali.

Walau bagaimanapun, selepas hampir 30 hingga 40 minit perbincangan, Abu Bakar memaklumkan kepada pihak-pihak bahawa panel telah dikurangkan kepada tiga orang, susulan langkah Terrirudin selain Che Ruzima yang turut menarik diri.

Panel itu kemudian memberikan kebenaran kepada untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, selepas mendengar hujah daripada pihak-pihak berkaitan.

[Laporan lanjut menyusul]



Source link