Malaysia Oversight

Terkait dakwaan rasuah, PM tak boleh elak jawab persoalan

By MkiniBM in November 27, 2025 – Reading time 2 minute
Terkait dakwaan rasuah, PM tak boleh elak jawab persoalan


PN berkata, ada isu yang lebih besar dan serius selain daripada dakwaan rasuah yang melibatkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, seperti yang didedahkan pembocor maklumat, Albert Tei.

Pengerusi PN, Yassin, berkata walaupun dakwaan tersebut serius, apa yang lebih membimbangkan ialah dakwaan penglibatan perdana menteri sendiri dalam skandal berkenaan.

“Adakah benar perdana menteri menggunakan kedudukannya untuk melindungi ahli-ahli politik GRS yang terbabit dalam kes rasuah lesen mineral Sabah sebagai balasan untuk mereka terus menyokong perdana menteri dan Madani?

“Adakah benar perdana menteri menggunakan kes rasuah ahli-ahli politik GRS sebagai ugutan terhadap ahli-ahli politik tersebut?

“Perdana menteri tidak boleh mengelak daripada menjawab persoalan-persoalan ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pendedahan Tei berhubung dakwaan skandal rasuah terus menarik perhatian ramai ekoran ia turut dikaitkan dengan orang yang dekat dengan pusat, termasuk Ibrahim sendiri berbanding berlegar di sekitar ahli politik Sabah pada peringkat awal.

Kelmarin Tei mendakwa dia menyerahkan wang lebih RM600,000 kepada Shamsul Iskandar selain membantu bekas timbalan menteri itu membayar kos mengubah suai dua kediamannya masing-masing satu di Bangsar dan .

Tei juga mendakwa dia menyediakan dokumen setebal 300 halaman bagi menyokong dakwaan yang dibuatnya.

b457d79ffdaebb0ff2077f15383b6e95

Shamsul Iskandar kemudian mengumumkan dia meletak jawatan atas alasan wujud cubaan menyerangkan dalam usaha pihak terbabit merosakkan imej Madani.

Dia yang pernah menjadi Ahli Parlimen Hang Tua Jaya juga menegaskan akan mempertahankan diri daripada tuduhan tersebut.

pula semalam memberitahu menerima peletakan jawatan berkenaan dan memberi jaminan pihak berkuasa boleh menjalankan siasata tanpa sebarang campur tangan.

Kata Muhyididn video yang didedahkan oleh Tei itu memang menimbulkan beberapa persoalan yang amat membimbangkan mengenai integriti .

“Sementara itu, saya menggesa SPRM supaya menyiasat perdana menteri atas kesalahan salah guna kuasa,” katanya.



Source link