Malaysia Oversight

Terima Zafrul, PKR tak peduli amaran Umno

By MkiniBM in August 9, 2025 – Reading time 2 minute
Terima Zafrul, PKR tak peduli amaran Umno


Pemuda Bersatu berpandangan tidak mempedulikan amaran Umno dengan menerima Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai ahlinya, dan mendakwa ia mencerminkan ketegangan yang kian meningkat dalam kerjasama PH dan .

Ketua Penerangan Pemuda Bersatu, Harris Idaham Rashid berkata keputusan itu telah menguji “kesetiaan dan kesetiakawanan” antara parti itu dan Umno.

“Umum mengetahui bahawa Tengku Zafrul telah meninggalkan Umno dan telah memohon menjadi ahli .

“Pada 30 Mei lalu, setiausaha agung Umno secara tegas mengambil pendirian bahawa tidak wajar untuk mana-mana parti komponen untuk menerima keahlian Tengku Zafrul untuk mengelakkan ketidakharmonian. 

“Kesetiaan, keikhlasan serta kejujuran juga akan terkesan,” kata Harris dalam kenyataan hari ini.

Harris merujuk kenyataan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki bahawa parti itu memandang serius Tengku Zafrul, walau belum menerima surat peletakan jawatannya secara rasmi.

78ea77dde22f0c74fd2d1e5f500f6911
Harris Idaham Rashid

“Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya,” kata Asyraf lagi.

Semalam, Zafrul dilaporkan sah diterima sebagai ahli PKR.

Menurut Bernama, Zafrul berkata permohonannya menyertai PKR diterima dua minggu lepas dan kini dia anggota parti bagi cabang Ampang.

Sementara itu, Harris mendakwa keputusan PKR untuk mengesahkan keanggotaan Zafrul merupakan satu peringatan kepada Umno bahawa “mereka hanya penumpang dan bukan pemandu dalam ”.

“Tindakan Tengku Zafrul meninggalkan Umno juga mengukuhkan hujah bahawa parti itu tidak lagi menepati hasrat masyarakat Malaysia, ini dapat dilihat menerusi keputusan Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri,” katanya lagi.

Selain isu kemasukan Zafrul, Harris turut membangkitkan perkembangan politik menjelang PRN Sabah, yang menurutnya telah menunjukkan kerjasama yang tidak lestari antara PH dan .

“… PH telah bergabung dgn dan Bergabung dgn Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara berasingan. Dalam erti kata lain, PH tidak peduli apa akan berlaku kepada BN, yang penting PH selamat. 

“Kesetiaan dan Keikhlasan PH-BN hanya terhad untuk memastikan golongan Putrajaya selesa dan dilindungi,” dakwanya lagi.

Di sebalik ketegangan antara BN dan GRS, ketika berkunjung ke Sabah awal bulan ini menegaskan keutamaan mereka tetap untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru yang boleh memecahkan blok dan mengelirukan pengundi di negeri itu.



Source link