KUALA TERENGGANU: Terengganu menubuhkan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan merangkumi pelbagai jenis mineral sebagai langkah jangka masa panjang membangunkjan rantaian penuh industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, pusat itu berfungsi sebagai hab penyelidikan, analisis dan pembangunan teknologi berkaitan mineral strategik. “Ia akan memperkukuh keupayaan industri ini di peringkat negeri…






