Malaysia Oversight

Tentera Darat sedia sertai misi pengaman termasuk ke Gaza

By MkiniBM in September 25, 2025 – Reading time 1 minute
Tentera Darat sedia sertai misi pengaman termasuk ke Gaza


Tentera Darat Malaysia (TDM) bersedia untuk menyertai sebarang misi pengaman termasuk kemungkinan penugasan ke Gaza, Palestin sekiranya diminta berbuat demikian.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bagaimanapun berkata sebarang penglibatan akan bergantung kepada keputusan selain penilaian mengenai keberkesanan serta tahap keselamatan misi berkenaan.

Beliau berkata penilaian itu akan dibuat oleh termasuk Kementerian Luar dan Markas Angkatan Bersama.

dc760435514e2102119fd72fa9cddea2

Mengulas lanjut, Muhammad Hafizuddeain berkata Malaysia mempunyai banyak rekod dalam operasi pengaman antarabangsa dan TDM bersiap-sedia untuk menyumbang.

“Kami telah terlibat dalam operasi pengaman sejak 1960, bermula di Congo dan seterusnya di Somalia, Bosnia serta Kemboja,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika majlis penutupan Persidangan Panglima Tentera Darat Indo-Pasifik (IPACC) ke-14, Seminar Pengurusan Tentera Darat Indo-Pasifik (IPAMS) ke-49 dan Forum Pemimpin Kanan Tentera Darat (SELF) 2025 ke-11.

– Bernama



Source link