Malaysia Oversight

Tengku Zafrul sah sertai PKR sebagai ahli cabang Ampang

By TheSun in August 9, 2025 – Reading time 1 minute
Tengku Zafrul sah sertai PKR sebagai ahli cabang Ampang


OSAKA: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan permohonan menyertai telah diluluskan.

Beliau menyatakan permohonan itu diterima dua minggu lepas semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat parti.

“Saya tidak ingat tarikh (penerimaan permohonan) tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas,“ katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.

Tengku Zafrul kini secara rasmi menjadi ahli Cabang Ampang.

Beliau sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan dari pada 30 Mei lepas.

Menerusi surat kepada pimpinan , beliau memaklumkan hasrat meletak jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi.

Beliau turun jawatan sebagai Ketua Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

Kenyataan itu dibuat semasa lawatan beliau ke Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka.

Tengku Zafrul sebelum ini merupakan tokoh utama dalam UMNO sebelum membuat keputusan menyertai . – Bernama



Source link