Malaysia Oversight

Tenaga Nasional Menandatangani Perjanjian Dengan SGCC Untuk Mengukuhkan Infrastruktur Grid Tenaga Elektrik Serantau

By Amanz in October 27, 2025 – Reading time 2 minute
Tenaga Nasional Menandatangani Perjanjian Dengan SGCC Untuk Mengukuhkan Infrastruktur Grid Tenaga Elektrik Serantau



image 67

Pada pertengahan tahun ini, sewaktu sidang kemuncak ASEAN yang telah berlangsung di Kuala Lumpur, salah satu perkara yang diberikan keutamaan ialah berkenaan pembangunan grid tenaga elektrik serantau, atau dinamakan ASEAN Power Grid.

ASEAN Power Grid merupakan pelan rantau ASEAN untuk membekalkan bekalan kuasa ke semua negara-negara di rantau tersebut. Projek pertama akan terletak di Laos dan akan membekalkan tenaga elektrik mampan kepada negara-negara Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura, dan pelbagai projek lain yang terletak di Vietnam, Malaysia dan lain-lain juga akan dibangunkan.

Semalam, Tenaga Nasional (TNB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama State Grid Corporation of (SGCC), syarikat utiliti awam terbesar di dunia melalui anak syarikat milik penuhnya Electric Power Equipment and Technology Co., Ltd. (CET).

Kerjasama ini bertujuan memperkukuh kerjasama teknologi dalam pemajuan grid kuasa dan rangkaian pembahagian, menyokong pemodenan grid Malaysia serta menyumbang kepada visi ASEAN yang lebih luas bagi mempertingkatkan keterhubungan tenaga serantau.

Kolaborasi ini berfokuskan kepada tiga bidang teras: Perancangan & Integrasi Sistem Kuasa, Rangkaian Pintar & Berdaya Tahan, dan Penyelesaian Digital & Kecerdasan Buatan (AI), dengan matlamat untuk memanfaatkan kepakaran SGCC dan CET dalam bidang peralihan tenaga serta sistem kuasa baharu bagi memperkukuh operasi dan pengurusan sistem grid kuasa dan rangkaian pembahagian TNB.

Kerjasama ini juga sebahagian daripada matlamat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang memberi tumpuan kepada pembangunan sistem tenaga yang lebih mampan, cekap dan rendah karbon dan selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi peneraju dalam pembangunan ASEAN Power Grid.

Tenaga Nasional



Source link